Pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim mendedahkan dirinya kini tiada lagi tempat tinggal selepas kediaman flat yang didudukinya bersama keluarga di Kampung Sungai Baru dirobohkan dalam operasi pengosongan pada Khamis.
Rafidah Ibrahim tak tahu hendak ke mana
Menerusi laporan daripada Kini TV, Rafidah mmengakui dirinya dan keluarga kini terpaksa menumpang rumah jiran susulan rumah flat dihuni mereka dirobohkan.
“Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan (rumah flat), sekarang saya menumpang di rumah jiran,” katanya ketika ditemui media.
Rafidah Ibrahim persoal hati perut pemaju
Dakwa Rafidah, pemaju dilihat terlalu bersungguh-sungguh mahu mengusir penduduk daripada kawasan itu demi tujuan pengambilalihan tanah.
Malah, dia menyatakan sebelum ini pemaju pernah mengupah gengster untuk menghalau penduduk dan kali ini pula menggunakan khidmat polis.
“Tak kisahlah katanya sedang bertugas atau apa, mana hati perut? Sepatutnya hari ini pengosongan, tetapi mereka pecahkan dan bawa keluar semua barang, main letak sesuka hati.
“Saya nak tanya adakah pemaju ini lebih berkuasa daripada kerajaan sebab saya tengok macam ada lesen besar,” luahnya dengan penuh kecewa.
SELEBRITI
Rafidah Ibrahim dakwa kini tiada tempat tinggal, terpaksa menumpang rumah jiran

Pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim mendedahkan dirinya kini tiada lagi tempat tinggal selepas kediaman flat yang didudukinya bersama keluarga di Kampung Sungai Baru dirobohkan dalam operasi pengosongan pada Khamis.
Rafidah Ibrahim tak tahu hendak ke mana
Rafidah mmengakui dirinya dan keluarga kini terpaksa menumpang rumah jiran susulan rumah flat dihuni mereka dirobohkan.
“Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan (rumah flat), sekarang saya menumpang di rumah jiran,” katanya ketika ditemui media.


Rafidah Ibrahim persoal hati perut pemaju
Dakwa Rafidah, pemaju dilihat terlalu bersungguh-sungguh mahu mengusir penduduk daripada kawasan itu demi tujuan pengambilalihan tanah.
Malah, dia menyatakan sebelum ini pemaju pernah mengupah gengster untuk menghalau penduduk dan kali ini pula menggunakan khidmat polis.
“Tak kisahlah katanya sedang bertugas atau apa, mana hati perut? Sepatutnya hari ini pengosongan, tetapi mereka pecahkan dan bawa keluar semua barang, main letak sesuka hati.
“Saya nak tanya adakah pemaju ini lebih berkuasa daripada kerajaan sebab saya tengok macam ada lesen besar,” luahnya dengan penuh kecewa.

Rafidah Ibrahim kesal pengosongan tetap diteruskan
Dalam pada masa yang sama, selebriti itu turut kesal kerana pengosongan tetap diteruskan walaupun penduduk telah memfailkan rayuan penangguhan yang dijadualkan di Mahkamah Rayuan pada 3 Oktober depan.


Leave a Reply