Ryan Bakery tidak mahu tunjuk kemewahan.

Kuala Lumpur: Personaliti media sosial terkenal, Ryan Bakery memaklumkan tidak berhasrat untuk menunjukkan kemewahan hidupnya kepada masyarakat umum.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, yang mempunyai pengikut sebanyak 4.3 juta di TikTok dan  1.1 juta di Instagram berkata, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku disekelilingnya.

“Saya memang takkan tunjuk kemewahan di mana-mana medium. Nak menunjuk-nunjuk untuk apa? Tiba-tiba esok dah kena tarik mana kita tahu. Jadi tak perlulah buat begitu.

“Kadang-kadang saya tengok banyak terjadi kes begini. Ghairah tayang kemewahan tapi hujungnya tak berapa cantik dan akhirnya malu. Mana nak hadap dengan mulut-mulut netizen lagi.

“Saya sentiasa kekal jadi diri sendiri. Ada duit lebih, saya buat apa yang patut dan apa yang perlu. Kalau

dulu saya tak tahu bab zakat dan cukai pendapatan, sekarang saya bayar zakat dan cukai pendapatan. Kena buat perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ia berbeza semasa dia bekerja dan bergaji bulanan kepada semuanya diuruskan oleh majikan.

“Jadi sekarang saya lebih kepada uruskan sendiri. Banyak lagi benda saya kena belajar dengan orang lain yang mahir dan berpengalaman. Saya masih dalam proses susun atur hidup.

“Dalam masa sama, karier saya sebagai pencipta kandungan juga ada cabaran tersendiri. Contohnya seperti kes boikot produk Israel sebelum ini. Untuk elak daripada kontroversi saya terpaksa lepaskan tawaran.

“Waktu itu saya dah shooting beberapa iklan dan buat keputusan pulangkan balik bayaran sebab tak nak berlaku masalah. Syukur pihak terbabit dapat terima keputusan saya,” katanya.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading