“Ayah sudah selesai menjalani pembedahan dan kini dalam keadaan stabil. Tadi doktor ada memberikan ubat tidur supaya ayah dapat berehat buat sementara waktu.” Demikian jelas anak perempuan pelakon yang juga pelawak veteran, Sathiya, 62, iaitu Amani Nair Satya, 37, dimana dia memaklumkan, bapanya itu telah selesai menjalani pembedahan pada bahagian kaki kiri pada awal pagi tadi.
Terkini, keadaan pelakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu dilaporkan sudah kembali stabil dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Ampang, Selangor. Kongsi Amani lagi, bapanya itu kelihatan tenang ketika dibawa masuk oleh doktor ke dalam dewan bedah pada pagi ini, malah dia percaya Sathia seorang yang kuat semangat.
“Masa pergi dewan bedah tadi pun, ayah cakap dengan saya dan adik yang dia okay saja. Doktor pun cakap, keadaan ayah sihat dan tak ada masalah sekarang. Saya yakin ayah seorang yang kuat semangat dan saya tahu selepas ayah bangun nanti, mesti di wad itu dia akan ketawa saja. “Sebab sebelum ini pun sama, habis pemb£dahan dan malam itu dia sudah ketawa bila berkumpul di katil ayah,” tuturnya yang turut memberitahu, Sathiya berada dalam keadaan sihat dan stabil sebelum dibawa masuk ke dewan bedah di Hospital Ampang pada jam 10.10 pagi dan pembedahan selesai sekitar jam 1.30 tengah hari ini.
“Ayah sedar ketika mendapatkan rawatan di zon kuning hospital semalam, dan dia juga tahu mengenai kaki kirinya perlu dipotong sekali lagi kerana borang pemb£dahan juga dia yang tanda tangan.
“Kata ayah, semua yang terjadi pada kaki kirinya itu keputusan Tuhan. Jadi, dia (ayah) juga nak kami terima dengan baik. Macam mana pun ayah selalu gembira saja.
“Muka dia tak tunjuk sedih pun depan kami. Mungkin sebab, ayah tak nak kami risau dan sedih,” ujar Amani yang juga menjelaskan, kaki kanan bapanya juga sudah tidak lagi b£ngkak selepas menerima sunt1kan antibi0tik daripada doktor. Tambahnya lagi, bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar, Sathiya perlu berpantang makanan buat sementara waktu bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.
“Semalam doktor masukkan antibi0tik dan bengkak sudah semakin kurang. Namun kami masih perlu tunggu dan lihat keadaannya selepas seminggu,” ujarnya.
Sebelum ini, Sathiya dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon kuning Hospital Ampang ketika dibawa anak-anaknya untuk mendapatkan rawatan lanjut pada awal pagi semalam.
Keadaan kesihatan pelakon dan pelawak itu didapati mer0sot selepas mengadu pening kepala serta mengalami simpt0m mata menjadi kuning dan muntah-muntah sejak malam Ahad lalu.
Difahamkan Sathiya terjatuh ketika di rumah pada Jumaat lalu dan kaki kirinya yang dipot0ng akibat kencing manis atau diabetes pada September tahun lalu itu mengalami luka serta berdarah.
Bagaimanapun, selepas dibawa ke klinik swasta, keadaan kesihatan Sathiya tidak membaik kerana kaki kiri itu dijangk1ti kuman akibat luka lama yang bernanah
Hasil pemeriksaan doktor, Sathiya disarankan menjalani pemb£dahan pada kaki kiri bagi mengelakkan jangk1tan kuman merebak ke bahagian anggota badan yang lain.


Leave a Reply