Semoga Saja terbaru dari Aisha Retno dan Ade Govinda

Aisha Retno, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Aisha

sememangnya dikenali dengan karakter vokal yang khas serta mempunyai karya hits seperti

“Mengikat Jiwa”, “Nukilanku”, “W.H.U.T”, “Pencarianku”, dan “Sutera”. Sejak mula

bertapak secara profesional sebagai anak seni pada 2018, Aisha sentiasa aktif berkarya

hingga wajahnya pernah terpampang pada papan iklan digital tersohor dunia di Times

Square, New York, Amerika Syarikat.

Aisha juga pernah menjadi duta Spotify bagi kempen EQUAL untuk Malaysia dan Singapura

pada tahun 2022. Kini, Aisha memperkuatkan lagi portfolio seninya menerusi single

terbaharu berjudul “Semoga Saja” – hasil kolaborasi dengan pemuzik dan produser ternama

Indonesia, Ade Govinda .

Berbeza dengan kolaborasi Ade Govinda terdahulu yang kebanyakannya bernuansa pop-

ballad, kali ini “Semoga Saja” menampilkan nuansa baharu dengan susunan tempo yang

medium namun tetap sarat dengan emosi. Ia menggambarkan rasa kehilangan dan doa bagiseseorang yang telah pergi. Lagu ini juga menonjolkan sisi vokal Aisha yang lembut namun

kuat, dibalut muzik dengan nada dan harmoni yang indah – ternyata ciri khas dalam lagu Ade

Govinda seperti sebelum ini sentiasa menyentuh hati. Menerusi lagu “Semoga Saja” ini,

Aisha juga turut bertindak selaku penulis lirik bersama Ade Govinda.

Single ini dilancarkan bersama dengan video muzik rasmi yang diarahkan oleh Bagoes

Tresna Adji. Proses penggamaran telah berlangsung beberapa bulan lalu di Cottage Basisir

Pole, Pantai Carita, Indonesia. Kisah visualnya memperlihatkan Aisha menyelami rasa yang

masih menyimpan harapan akan kembalinya seseorang yang dicintai, sesuai dengan tema

besar lagu ini. Bagoes Tresna Adji menekankan, “Menunggu seseorang yang telah pergi

membuat kita menggila, namun kedatangannya selalu menenangkan.”

“Sejujurnya, lagu ini bersifat peribadi untuk saya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa

yang mungkin pernah dirasai ramai orang. Justeru, saya amat berharap agar pendengar

dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada dan memperoleh kekuatan dalam harapan

yang tersisa dalam diri,” kata Aisha.

Sementara Ade pula menambah, “Semoga dengan adanya kolaborasi ini, kami dapat terus

bekerjasama pada masa akan datang.”

“Semoga Saja” boleh dinikmati di seluruh platform muzik digital bermula 19 September

2025. Video muzik rasminya pula boleh disaksikan di saluran YouTube Ade Govinda.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading