PUTRAJAYA– Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini secara rasmi melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman sachet 3-dalam-1 pertamanya. Menerusi varian teh susu, kopi dan coklat, sachet ini menawarkan rasa lazat setaraf kafe yang boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua. Majlis pelancaran telah diadakan hari ini di IOI City Mall bersempena
dengan pelancaran menu baharu Tealive. Bekas Menteri dan “podcaster” terkenal, Khairy Jamaluddin yang juga penyokong kuat inovasi
dan keusahawanan tempatan, telah merasmikan pelancaran ini.

“Perjalanan Tealive daripada
kiosk ke rumah pengguna bukan sekadar evolusi perniagaan, tetapi perubahan budaya,” kata
Khairy. “Ini adalah detik kebanggaan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sahaja mengeksport
produk, tetapi juga gaya hidup dan identiti kita.”
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo, menyifatkan pelancaran ini sebagai bab

baharu yang berani buat Tealive serta langkah strategik untuk memastikan jenama ini kekal
relevan dengan perubahan gaya hidup ke arah kemudahan dan penggunaan di rumah. “Kami
mahu menjadikan rasa kegemaran Tealive lebih mudah diakses oleh para peminat kami.
Rangkaian 3-dalam-1 ini membawa detik istimewa Tealive ke dalam rutin harian — sama ada
ketika dalam perjalanan, di tempat kerja atau berehat di rumah,” kata Loo.

Rangkaian baharu ini akan mula dijual secara eksklusif di AEON dan cawangan Tealive di seluruh
negara serta platform e-dagang mulai 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran
runcit pada Julai. Setiap kotak dijual pada harga RM12.90 dan mengandungi lima hingga enam
sachet yang dibuat menggunakan bahan premium untuk rasa yang kaya, berkrim dan asli.
Barisan penuh termasuk:
1. Teh Susu: Teh Susu Signature, Teh Matcha, Teh Tarik
2. Kopi: Kopi Signature, Caramel Macchiato, Kopi Hazelnut
3. Coklat: Coklat Signature, Coklat Gelap, Coklat HazelnutLoo berkata, “Kami tahu sachet ini perlu lebih daripada sekadar sedap — ia perlu menghadirkan
pengalaman positif penuh seperti di Tealive dengan setiap tegukan. Maka kami melabur dalam
mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi dan profil rasa yang menyerupai apa yang anda
rasai di cawangan kami.”
Minuman sachet Tealive ini disasarkan untuk menonjol dalam landskap FMCG yang kompetitif.
Loo menyatakan kepercayaan jenama, inovasi rasa, integriti bahan dan hubungan emosi dengan
pengguna sebagai pembeza utama. “Kami membina Tealive sebagai jenama gaya hidup, bukan
sekadar produk. Hubungan ini memastikan pembelian berulang dan kesetiaan jangka panjang.
Tambahan pula, ia bukan sahaja tentang kemudahan — tetapi menunjukkan bahawa produk
buatan Malaysia setaraf dunia. Menyokong jenama tempatan bukan sahaja tindakan patriotik; ia
adalah pilihan bijak apabila kualitinya terbukti,” tambah Loo.
Khairy turut menyokong kenyataan tersebut dengan berkata, “Kita perlukan lebih banyak
jenama Malaysia seperti Tealive yang memimpin dengan kebanggaan dan keaslian. Menyokong
jenama tempatan bukan sekadar semangat patriotik — ia menyokong pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi kita. Ayuh kita buat pilihan dengan lebih bijak dan sokong inovator yang
membentuk Malaysia masa depan.”
Khairy turut memuji semangat keusahawanan Tealive dan komitmennya terhadap inovasi
tempatan. “Sebagai seseorang yang sentiasa menyokong jenama Malaysia untuk berkembang,
saya bangga menyaksikan evolusi seterusnya Tealive. Kita ada bakat, idea dan ketabahan. Apa
yang diperlukan kini ialah kepercayaan kolektif dan sokongan strategik untuk berkembang ke
peringkat serantau dan global.”
Menurut Frost & Sullivan, segmen kedai teh di Malaysia dijangka berkembang pada kadar
pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 9.6% dari 2024 hingga 2029, melepasi
pertumbuhan industri minuman secara keseluruhan. Tealive berada dalam posisi baik untuk
memanfaatkan pertumbuhan runcit dan FMCG ini.
Majlis pelancaran turut memperkenalkan pembaharuan menu yang menarik. Bagi pelanggan
yang mencari pilihan lebih ringan, Tealive memperkenalkan kategori baharu teh susu ringan,
direka khas untuk penggemar teh yang mementingkan kesihatan. Minuman kegemaran ramai,
Bang Bang, kembali dengan formulasi baharu yang lebih kaya dan berkrim, manakala teh Da
Hong Pao dan siri Snowy baharu menambah pengalaman rasa premium. Loo menjelaskan,
“Pembaharuan menu ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan cita rasa yang
semakin berubah. Dari yang indulgent hingga yang seimbang, kami pastikan ada sesuatu untuk
semua orang.”Sebagai pelengkap kepada pengumuman produk, Tealive turut mengumumkan kerjasama
eksklusif bersama jenama tempatan Malaysia bagi mengeluarkan barangan edisi terhad.
Kolaborasi ini diraikan bagi menghargai kreativiti, warisan dan kebanggaan Malaysia.


Leave a Reply