MEDIA PANAS

Usop cuba genre “Ska” dalam Pencinta Setiamu

Setelah berjaya meraih tontonan sebanyak 18 dan 15 juta menerusi lagu ‘Selamanya’ dan ‘Aku Yang Bersalah’ di laman YouTube Rocketfuel Network, penyanyi muda berbakat besar yang berasal dari Kulim, Kedah dan merupakan Naib Juara rancangan Mentor Milenia 2017, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih dikenali dengan panggilan Usop kembali mengegarkan industri muzik tanah air sekali lagi dengan single terbaharu berjudul ‘Pencinta Setiamu’.

Hasil ciptaan komposer-komposer hebat seperti Aepul Roza, Argo, Sharul Kamal dan Daus SRK,
lagu ini lari dari kebiasaan lagu-lagu ballad yang sering dinyanyikan oleh beliau.
Peserta rancangan Big Stage 2020 yang kini sedang giat berlangsung di saluran Astro Ria ini
berkata, “Lagu ‘Pencipta Setiamu’ menceritakan tentang seorang jejaka yang merasakan
dialah yang paling tampan di kampungnya, dengan berbekalkan kemewahan dan senyuman
yang menawan, dia berjaya menggoda beberapa gadis di kampungnya walaupun sudah
mempunyai beberapa teman wanita lain.


Saya anggap lagu ini ‘fun’ dengan sedikit elemen yang gila-gila dan mempunyai unsur jenaka
yang amat diperlukan tatkala kita berada di dalam fasa PKP yang getir, dan adakalanya kita
perlu berhibur untuk menceriakan suasana.”
Mengulas lanjut tentang single ini, Usop menerangkan, “Idea untuk lagu ini sebenarnyadicetuskan oleh Encik Feros Sayna (Ketua Label Rocketfuel Entertainment) sendiri yang
merasakan saya perlu keluar dari zon selesa dan menonjolkan karakter sebenar saya yang lebih
kelakar dan mencuit hati.

Maka terhasillah ‘Pencinta Setiamu’ dengan genre ska yang rancak bagi membangkitkan mood
‘happy’ buat sesiapa yang mendengarnya
Proses rakaman lagu ‘Pencinta Setiamu’ yang memakan masa selama sebulan telah pun
dilakukan sebelum PKP lagi, beliau memberitahu, “Setiap komposer yang terlibat dalam
penghasilan lagu ini sangat profesional kerana mereka bijak menaikkan mood dan karakter
Usop yang agak pemalu agar lebih bebas dalam merakamkan lagu ini.”


Beliau turut menambah, “Saya berharap agar single ini dapat diterima ramai dan
menghiburkan semua peminat saya di luar sana dan pencinta muzik tanah air khususnya
kerana kali ini saya tampil dengan genre yang lebih ‘happy’ berbanding lagu-lagu saya yang
sebelumnya.”

Leave a Reply

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading