MEDIA PANAS

Video: Neelofa ada lesen besar lagi? Kini ziarah raya pula

Agak lama kita tidak mendengar cerita cerita panas dari keluarga selebriti Neelofa. Kali terakhir kita dengar adalah apabila Neelofa dan suami PU Riz merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet.

Nampaknya keluarga selebriti popular, Neelofa kembali lagi menjadi bualan ramai apabila tular video dikongsikan netizen di media sosial memaparkan keluarga itu bermaafan di hari raya.

Menerusi video dikongsikan di Twitter itu, video tersebut didakwa dimuat naik oleh kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram namun difahamkan telah dipadam.

Video berdurasi 27 saat itu, kelihatan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail serta Nabila dan Engku Emran bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Turut kelihatan dalam video tersebut adik-beradik Neelofa yang lain.

Susulan video tular itu, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada mereka sekeluarga tinggal serumah memandangkan sebelum ini kerajaan sudah menetapkan bahawa ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan.

Bermacam macam komen netizen tentang video tersebut tetapi ada juga yang bersangka baik dimana mereka memang tinggal di rumah tersebut sebelum PKP dilaksanakan.

KOMEN NETIZEN:

“Org byk duit kn..undg2? bnda lh bayor..hrp y de kuasa tu gunakanklh kuasa y ada..jgn sembg nk pnjara la pe..kesalhan berulang..hnmm”

“Dari sudut sop yg di tetapkan oleh kkm&mkn mmg salah laa…..kan kata tiada ziarah hr raya kan? Ke aku mata aku mengalami rabun dh, baca pon tak betul…”

“Kena bukak kertas siasatan lagi lah nampaknya ya. Hujung2… Gitulah sampai ke sudah. Oh ok”

Kredit Post: Rotikaya

Leave a Reply

%d bloggers like this: