Banyak Betul Faedah Foodpanda Rider ni Rupanya


Foodpanda, peneraju platform makanan atas talian sentiasa
mengiktiraf akan kepentingan rakan penghantar yang memainkan peranan penting dalam
komuniti. Dalam masa yang sama, misi foodpanda adalah untuk memastikan keselamatan dan
kesejahteraan rakan penghantar terjaga dengan adanya faedah-faedah yang telah
diperuntukkan khas kepada rakan penghantar.

  • PERKESO
    Setakat April 2020, sebanyak RM200,000 telah disumbangkan kepada (PERKESO) untuk
    Skim Jaminan Sosial Pekerjaan Sendiri (SESSS) kepada 2,544 rakan penghantarnya.
  • Pelindungan Insurans
    Pelindungan insurans 24 jam sehingga RM20,000 diberikan kepada semua rakan
    penghantar yang aktif. Insurans ini merangkumi kecederaan dan kemalangan, kecacatan
    kekal termasuk kematian.
    Rakan penghantar yang disahkan positif COVID- 19 juga akan menerima wang
    sebanyak RM1,000. Ini termasuk RM5,000 yang akan diberikan kepada saudara terdekat
    jika terdapat rakan penghantar yang meninggal dunia disebabkan virus tersebut. Inisiatif
    ini adalah kerjasama antara foodpanda dan PolicyStreet.
  • Sanitasi Beg Percuma
    foodpanda memberikan sanitiasi bag foodpanda secara percuma setiap dua minggu di
    lokasi yang disediakan. Rakan penghantar yang memakai pakaian seragam hanya perlu
    menunjuk ID di aplikasi tersebut untuk mendapatkan servis ini.
  • TEKUN Mobilepreneur
    Dengan kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi
    (MEDAC), rakan penghantar boleh membuat pinjaman sehingga RM2,000 dengan 0%
    faedah, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Faedah Automotif
    Setiap rakan penghantar foodpanda berpeluang menikmati promosi khas seperti
    penukaran penapis minyak, alat ganti motosikal dan pelbagai lagi dari kedai automotif
    seperti Liqui Moly, RAPIDO, Shell, Caltex dan banyak lagi.
  • Peningkatan Kemahiran
    foodpanda menawarkan kelas khas kepada rakan penghantar untuk memperoleh
    kemahiran baru atau menambah ilmu di bawah Panda Academy . Modul – modul yang
    ditawarkan termasuk kelas bahasa, pengekodan dan data sains.
  • DiGi x foodpanda
    Rakan penghantar foodpanda dapat menikmati tawaran eksklusif setiap bulan apabila
    menukar pelan mobil kepada DiGi. Ini termasuk diskaun bulanan sebanyak RM20,
    telefon pintar percuma dan tiada pembayaran pendahuluan.
  • RUSH x foodpanda
    Setiap rakan penghantar foodpanda boleh menikmati penyewaan 10 powerbank RUSH
    secara percuma sepanjang bulan Ogos.
    Untuk maklumat lanjut bagi faedah-faedah yang ditawarkan kepada rakan penghantar, sila
    layari https://www.pandariders.my/tawaran .
  • Sumbangan dan faedah di atas adalah sebahagian daripada komitmen berterusan foodpanda
    terhadap rakan penghantar, dalam mewujudkan persekitaran kerja yang mampan sambil
    memastikan keselamatan mereka turut dilindungi.

Leave a Reply