Bahaya Tidur Dalam Kereta Walau Tingkap Sudah Dibuka

Baru-baru ni kita di kejutkan dengan berita kematian 3 sekawan dan seorang lagi yang masih kritikal pelajar jurusan Diploma Farmasi dari Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS yang telah lemas akibat karbon monoksida ketika berhenti rehat dalam perjalanan ke rumah masing-masing di Sungai Petani dari Pulau Jerejak. Al Fatihah kita ucapkan dan takziah kepada keluarga Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Sabri, Nor Adilah Mohd Safwan.  

Di sini pihak MP nak share dengan korang semua kenapa bahayanya kita tidur dalam kenderaan yang masih berenjin walupun tingkap dibuka.

Sudah menjadi kebiasaan kita akan berhenti di mana-mana hentian pun atau nampak saja kawasan yang lapang dan sesuai, ditambah pulak dengan rasa mengantuk dan penat kita akan buat keputusan untuk berhenti dan rehat. Tetapi sekiranya korang semua ada tabiat ni pastikan enjin anda dimatikan dan tabiat ni harus dihentikan.

  1. Kebocoran ekzos dalam kabin kenderaan mungkin berlaku pada kenderaan anda dan ini boleh menyebabkan risiko kematian akibat lemas.
  2. CO atau karbon monoksida yang disebabkan oleh ekzos yang bocor ini akan menurunkan oksigen dalam kenderaan korang dan boleh memberi kesan kepada oksigen dalam darah. darah akan membawa lebih banyak karbon monoksida berbanding oksigen dan ini boleh menyebabkan kematian yang tidak disedari sewaktu kita tidur. (sudden death)
  3. Walaupun kita dah buka tingkap, karbon monosida ini boleh terkumpul dan akan mengakibatkan penurunan oksigen dalam darah tanpa kita sedari sewaktu tidur.
  4. Kesannya, kita akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa

5. Mesti korang tanya kenapa pulak kita boleh memandu dalam keadaan penghawa dingin terpasangkan? ini kerana waktu itu kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar sekiranya ada kebocoran berlaku. kita akan rasa lemas dan mula tutup penghawa dingin dan buka tingkap.

Sebaiknya, MP nak nasihatkan di sini, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Leave a Reply