Lucinta Luna Dipenjara 1 Tahun 6 Bulan

Februari lalu kita telah mendapat berita, penyanyi Indonesia Lucinta Luna yang pernah berganding bersama Jutawan Kosmetik Dato Alif Syukri serta bersama seorang lagi jutawan kosmetik yang penuh dengan kontroversi Sajat dalam lagu mereka “Bobo Dimana” di tahan oleh pihak berkuasa Indonesia di atas kesalah pengambilan dadah di kediaman beliau bersama kekasihnya yang dikenali dengan nama Abash.

Pihak polis telah menemukan 2 biji dadah jenis ekstasi, 7 biji dadah riklona dan 5 biji dadah jenis tramadol yang dijumpai di dalam tong sampah dalam kediaman beliau sewaktu pihak berkuasa menggeledah. Walaupun beliau tidak mengaku bersalah memiliki dadah tersebut tetapi hasil ujian makmal juga menemukan ujian air kencing beliau telah mengambil jenis dadah ini selama 6 bulan.

Hari ini Ketua Majlis Hakim Pengadilan Jakarta Barat telah menjatuhkan hukuman Penjara Satu Tahun Enam Bulan dan denda 10 Juta Rupiah kepada beliau. Beliau di katakan akur menerima hukuman tersebut walau menangis ( merujuk dari ANTARA untuk jurnalpresisi.pikiran-rakyat.com)

Kita doakan yang baik-baik jelah untuk beliau ok.

Leave a Reply