MALAYSIA DI ZEPP KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 – Malaysia bakal menyaksikan sebuah malam yang dijangka menjadi antara
konsert indie paling dinanti tahun ini apabila KONSERT INDIESCOVERY 2026 menghimpunkan empat nama
ikonik dalam satu pentas bersejarah — , , dan .
Lebih menarik, konsert ini turut memberi ruang kepada bakat generasi baharu menerusi penampilan khas band
muda yang sedang meningkat naik, , yang akan membuka tirai konsert sebagai opening act rasmi. Kehadiran
NOISE mencerminkan komitmen RR Entertainment dalam menyokong perkembangan bakat baharu tempatan
serta merapatkan jurang antara legenda muzik indie dan generasi masa depan.
KONSERT INDIESCOVERY 2026 dianjurkan bukan sekadar sebagai sebuah hiburan pentas semata-mata, tetapi
sebagai sebuah platform untuk meraikan bunyi dan budaya muzik indie tempatan yang telah lama menjadi nadi
kepada evolusi muzik alternatif Malaysia. Konsert ini turut menjadi simbol penghargaan kepada para penggiat
seni independen yang terus berkarya, bereksperimen dan mempertahankan identiti muzik mereka tanpa
mengikut arus perdana semata-mata.
Dengan membawa mesej bahawa muzik indie tempatan bukan sahaja masih relevan, malah terus hidup dan
berkembang melalui sokongan komuniti, peminat setia dan generasi baharu pencinta muzik tempatan, konsert
ini dijangka menjadi sebuah pengalaman yang menyatukan pelbagai generasi dalam satu malam penuh nostalgia
dan energi.
Bertempat di pada 18 Julai 2026, konsert ini dijangka menjadi titik pertemuan generasi peminat muzik alternatif
tempatan — daripada era nostalgia band indie 90-an sehinggalah gelombang moden yang terus membentuk
budaya muzik anak muda masa kini.
Dianjurkan oleh RR Entertainment dengan sokongan melalui , KONSERT INDIESCOVERY 2026 bukan sekadar
sebuah konsert biasa, tetapi sebuah gerakan budaya yang meraikan evolusi muzik indie Malaysia.
MERAIKAN IDENTITI MUZIK INDIE MALAYSIA
KONSERT INDIESCOVERY 2026 membawa misi untuk memperkukuhkan apresiasi terhadap muzik alternatif
tempatan serta membuka ruang lebih besar kepada budaya muzik independen di Malaysia.
Lebih daripada sekadar hiburan, acara ini dilihat sebagai simbol kepada kekuatan identiti muzik indie Malaysia
yang terus relevan merentasi generasi, sekali gus membuktikan bahawa karya tempatan masih mempunyai
tempat istimewa di hati peminat muzik.
26B, Jalan PU 7/2, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor – 01120905767EMPAT LEGENDA, SATU GENERASI BAHARU. SATU MALAM. SATU SEJARAH
Gabungan lineup kali ini disifatkan sebagai antara yang paling “must-watch” untuk peminat muzik tempatan.
Butterfingers bakal membawakan persembahan istimewa bersempena album ikonik mereka, “Transcendence X
Butter Worth Pushful”, sekali gus mengembalikan aura legenda alternatif yang pernah membentuk landskap
muzik underground Malaysia.
Bunkface pula, ikon pop punk negara, dijangka menggegarkan pentas dengan tenaga persembahan luar biasa
serta lagu-lagu popular yang menjadi siulan ramai.
Bittersweet hadir dengan identiti emosional dan nuansa nostalgia yang dekat di hati peminat indie tempatan,
selain dikenali sebagai pelopor irama brit-pop tempatan dengan gaya muzik yang tersendiri.
Manakala Masdo bakal membawa sentuhan retro moden yang berjaya menawan hati generasi baharu peminat
muzik Malaysia.
Sebagai pembuka tirai konsert, NOISE dijangka membawa pembukaan yang penuh energi dan semangat anak
muda. Band ini dilihat sebagai antara nama baharu yang berpotensi besar dalam membentuk gelombang baharu
muzik alternatif tempatan menerusi identiti muzik segar dan sokongan yang semakin meningkat daripada
generasi muda.
Gabungan empat nama besar bersama kemunculan NOISE menjadikan KONSERT INDIESCOVERY 2026
sebagai sebuah pengalaman lintas generasi yang jarang berlaku — menyatukan peminat lama dan baharu dalam
satu malam penuh emosi, tenaga dan nostalgia.
Apa yang lebih mengujakan, kategori CAT 3 Seating kini dilaporkan hampir 90% terjual, membuktikan tahap
keterujaan luar biasa peminat terhadap konsert ini. Ramai menyifatkan KONSERT INDIESCOVERY 2026
sebagai antara pengalaman live indie reunion vibe paling dinanti untuk tahun 2026.
TIKET DIJANGKA MENJADI REBUTAN
KONSERT INDIESCOVERY 2026 menawarkan beberapa kategori tiket termasuk:
• CAT 1 Standing
• CAT 2 Standing
• CAT 3 Seating
• CAT 4 Seating
• VIP Box
Tiket bagi menyaksikan konsert ini boleh didapati secara dalam talian melalui platform rasmi Ticket2U.
Memandangkan kapasiti ruang di Zepp Kuala Lumpur adalah terhad untuk sebuah acara berprofil tinggi seperti
ini, para peminat dinasihatkan untuk membuat pembelian awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Pautan link tiket https://www.ticket2u.com.my/event/49944