SUNWAY LAGOON TUTUP BUAT SEMENTARA

Sunway Lagoon berehat buat seketika, berjanji akan kembali dengan keseronokan berganda 

12 Oktober 2020, Bandar Sunway – Berhubung dengan pengumuman terbaru mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi daerah Petaling Jaya, Sunway Lagoon telah memutuskan untuk menutup buat sementara waktu bermula dari 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020. 

Keselamatan para pengunjung dan kakitangan Sunway Lagoon tetap menjadi keutamaan kami. Sebagai langkah pencegahan dalam mengawal wabak ini, kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan taman tema kami selamat untuk dikunjungi. 

Kepada pelanggan yang telah membeli tiket Sunway Lagoon, sama ada menerusi laman web rasmi Sunway Lagoon atau di kaunter taman tema pada tempoh ini, pihak kami akan melanjutkan tarikh tamat tiket setiap pelanggan. 

Pastikan anda sentiasa kekal selamat dan terus mematuhi SOP. Best Day Ever akan bersambung di Sunway Lagoon setelah kami kembali daripada rehat buat seketika. 

Sila rujuk prosedur dan garis panduan melalui laman web kami di sunwaylagoon.com

Leave a Reply