SYAMEL TERPERANGKAP DENGAN ‘HALUSINASI’

Penyanyi popular tanah air yang sentiasa tampil dengan imej gentleman dan bersuara lantang yang merupakan anak jati Kuala Lumpur, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih terkenal dengan nama Syamel, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah hampir setahun menyepi dengan single terbaharu yang lebih menyengat berjudul ‘Halusinasi’. Lagu ini yang ditulis oleh Syamel sendiri, turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal negara seperti Iqie Hugh dan Omar K, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment. Bercerita mengenai lagu ‘Halusinasi’, beliau berkata, “Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi.
“Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun
pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap
dalam situasi tersebut.
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang sedang giat mengusahakan
perniagaan Se-Table Cafe di Platinum Walk, Setapak, bersama tunangnya, Ernie Zakri, turut
mengulas, “Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan yang baru
saya jalankan bersama Ernie.”
“Namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu
merupakan minat saya yang pertama.
Mengulas lanjut mengenai single terbaharunya, “Genre yang saya bawakan kali ini agak
berlainan kerana ia ada groove yang berbeza berbanding lagu-lagu ballad yang biasa saya
bawakan sebelum ini.”

“Idea Halusinasi datang apabila komposer Iqie menghantar demo melodinya dan saya terus
terpaku dan kami mengambil masa selama satu hari untuk melakukan proses rakaman.
“Saya juga akui bahawa proses rakaman tergendala seketika ketika Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan dan sejurus tamat tempoh tersebut, kami
meneruskan dengan kerja mixing dan penambahbaik.
“Menariknya tentang video muzik Halusinasi nanti, saya akan menari, dan jika penonton ingin
lebih tahu, nantikan pelancarannya tidak lama lagi.
“Setelah hampir satu tahun tanpa mengelurkan single terbaru, saya rasa kini merupakan
masanya untuk saya kembali kerana sudah lama peminat saya tertunggu, saya juga harap
semua pendengar akan terhibur dengan Halusinasi, dan teruskan menyokong kerjaya saya,”
kata Syamel.


Menurut Encik Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment,
”Lagu Halusinasi merupakan karya terbaru dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati
ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”
Lagu ‘Halusinasi’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada
dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui
penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala video muzik lagu ‘Halusinasi’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran
YouTube Rocketfuel Entertainment

Leave a Reply