Ibubapa Hanya Lambai Dari Jauh Kerana Rindu

Sudah setahun lebih kita hidup bersama virus covid-19 dalam komuniti kita. Semenjak awal tahun juga kita tak merasa untuk merentas negeri atas apa-apa tujuan termasuk melawat orang tua dan keluarga yang berada di negeri lain. Rindunya janganla kira, kalau boleh mau saja kita semua balik tapi apakan daya demi menjaga keselamatan nyawa orang tua dan akur dengan perintah kerajaan kita semua terpaksa terima derita rindu ini.

Seperti juga tweet yang tersebar di twitter baru-baru ini di mana seorang lelaki memberitahu yang mak ayahnya terpaksa datang ke lokasi beliau tau minta beliau untuk keluar ke tingkap. Adoiii min tak bolehlah macam ni… kalau kena dekat min mau banjir abis ni…

Sedihnya tuhan sajalah yang tahu, diharap agar bencana virus ini akan berakhir agar kita semua dapat kembali ke kehidupan yang asal. Tapi min nak pesan buat masa ni, kita masih belum menang ye. sila patuhi sop dan jangan degil.. raya dah dekat ni. Jangan macam-macam

Leave a Reply