Bantuan Kredit E-Tunai Untuk 2 Juta Belia Sebanyak RM150

Sejumlah dua juta belia dan pelajar sepenuh masa layak memperoleh nilai kredit e-tunai sebanyak RM150 bermula 1 Jun ini.

Kementerian Kewangan memberitahu, inisiatif ini di bawah Program eBelia (eBelia) yang memperuntukkan nilai RM300 juta bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan itu.

Untuk info anda, Program eBelia (“eBelia”) adalah sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta. Ianya bertujuan untuk meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (“IPT”) tempatan berdaftar.

Di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak.

Bukan itu jer, kerajaan juga telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah program PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300

Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini. Wah untung betul lah!

Ditawarkan Melalui 4 Penyedia Pekhidmatan e-tunai

eBelia akan ditawarkan melalui empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet, yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif, dan jaringan lebih sejuta peniaga di dalam dan luar talian.

Setiap anda yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini. Ia turut juga akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.

Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:
1) Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau
2) Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Tempoh tuntutan kredit tersebut pula adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Jadi, bagi anda yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

eBelia merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di LINK INI.

Leave a Reply