Ben Ali & Nadiyah Shahab sumbang RM40,000 bantu rakyat Palestin

Prihatin dengan nasib menimpa penduduk Palestin, usahawan dan aktor Ben Ali menyalurkan sebanyak RM40,000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Sumbangan dana tersebut adalah hasil jualan produk Absolut Chocolat yang diusahakan bersama isterinya yang juga aktres, Nadiyah Shahab

Berkat hasil pembelian pelanggan dan juga berkat izin Allah SWT, kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.

Kami menyumbang RM40,000 kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.

“Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami,” katanya.

Selain itu, Ben mendedahkan isterinya menangis hampir setiap hari apabila mengenangkan penderitaan penduduk di bumi Gaza terutama kanak-kanak selain turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000.

Tambah pelakon drama Seindah Takdir Cinta itu, dia menghargai sokongan orang ramai terhadap perniagaannya dan berharap agar sumbangan dihulurkan boleh meringankan beban saudara Islam di sana.

Kredit: Oh My Media

Leave a Reply