doTERRA Malaysia sumbang RM100 ribu untuk pesakit barah dan komuniti di Selangor

Pengasas bersama Hope Selangor, Prema Arasan, berkata “Disebabkan oleh kes jangkitan COVID-19 yang tinggi, ramai pesakit yang positif COVID-19 kini disarankan untuk menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan masing-masing di rumah sendiri. Bersama dengan sokongan doTERRA, kami kini membantu masyarakat yang kurang bernasib baik terutama mereka yang sedang kuarantin di rumah dengan pembekalan barang-barang seperti makanan, ubat-ubatan, peralatan kebersihan, alat ujian kendiri Covid-19 dan juga silinder oksigen mudah alih.”

Selain inisiatif ‘Engage in Good 2.0’, dōTERRA juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 untuk National Cancer Society of Malaysia (NCSM) untuk membantu usaha membina kemudahan terapi bermain untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah barah.

“Kami berjaya mengumpul sebanyak RM 50,000 menerusi sebuah kempen penjualan yang dianjurkan baru-baru ini untuk menyokong pembinaan kemudahan terapi bermain untuk anak-anak NCSM.

“Syarikat kami percaya terhadap moto NCSM, iaitu ‘memberi harapan dan meraikan kehidupan’, dan kami berharap agar kanak-kanak di NCSM akan mendapat manfaat daripada terapi bermain ini,” tambah Wang.

Sri Ram Seetha, pakar terapi permainan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia berkata, “Kami sangat berterima kasih atas kemurahan hati pihak doTERRA dalam menyokong pembinaan pusat terapi bermain kami. Kemudahan ini disediakan secara percuma kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser dan lebih lagi pada masa sekarang di mana kanak-kanak tidak dapat bermain dengan bebas dan pergi ke luar rumah, terapi bermain ini terbukti menjadi aspek yang sangat penting dalam membantu mereka mengharungi situasi ini.”

“Terapi bermain bukan hanya bermain dengan mainan, tetapi ia mampu memberi kebebasan imaginasi dan membantu mereka secara psikologi dan emosi, sementara mereka menjalani rawatan perubatan fizikal. Ini sangat membantu kanak-kanak yang menghidap kanser untuk terus kekal positif dalam menjalani kehidupan seharian,”

tambahnya.Kerja-kerja amal yang dijalankan oleh pihak doTERRA di Malaysia adalah berlandaskan pertubuhan amal antarabangsa, dōTERRA Healing Hands FoundationTM yang memberi tumpuan kepada memperkasakan komuniti dan menyokong pelbagai organisasi amal. Khususnya, dōTERRA Malaysia telah aktif melibatkan diri dalam usaha-usaha pemerkasaan masyarakat sejak ia mula beroperasi di sini pada bulan April 2017, dengan jumlah sumbangan lebih dari RM 537,000 untuk kerja jangkauan masyarakat di tanah air.

Leave a Reply