BUNKFACE MUNCUL DENGAN KITA PUNYA MALAYSIA

sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini , kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”. Lagu asal “Kita Punya Malaysia” pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 & 2019. Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil Langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai. 

Lirik lagu ini yang juga ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.  

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang.” – Bunkface. 

Lagu “Kita Punya Malaysia versi Akustik” dilancarkan pada jam 12 pagi 27th August 2021 di seluruh platform rasmi Bunkface :

https://bfan.link/kita-punya-malaysia-acoustic

Tajuk lagu : Kita Punya Malaysia (Versi Akustik)

Komposer : Sam Bunkface 

Lirik : Sam Bunkface 

Producer : Bunkface 

Untuk pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pihak pengurusan artist (En. Farriz) di :

Email :  farriz@mejormanagement.com  

Leave a Reply