Padah Gilakan ‘Views’ dan makan di restoran tanpa vaksin

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita pasangan suami isteri yang telah membuat eksperimen sosial untuk menguji tahap kesedaran peniaga tentang sop di mana mereka tidak mempunyai vaksin yang lengkap boleh makan di restoran.

Wanita ini juga telah menceritakan yang mereka berdua telah berjaya masuk ke beberapa premis juga tanpa sebarang sekatan atau masalah bersama anak-anak mereka. Posting ini telah menimbulkan kemarahan netizen lebih-lebih lagi yang telah lengkap vaksin kerana mereka ini akan membahayakan keselamatan orang lain.

Whatsapp Image 2021 08 24 At 1.43.49 Pm 1

Berikutan posting memakan diri itu, semalam pihak polis telah pun menahan pasangan ini. Ketua polus Daerag Klang Selatan, Assisten Komisioner Shamsul Amar Ramli telah menyatakan bahawa pasangan suami isteri yang berumur 35 dan 36 tahun itu di tahan di rumah mereka di Bandaer Putera Semalam. Penahanan ini dibuat setelah mendapat aduan dari wanita bernama Mujadeeda Soleha.

Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Shamsul Amar juga turut menasihati orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-

Leave a Reply