Ali XPDC Dimasukkan Ke Hospital

Dikhabarkan Ali XPDC dimasukkan ke hospital hari ini akibat semput dan serangan jantung.

Sebelum ini juga bekas penyanyi rock ini di katakan pernah dimasukkan ke hospital pada awal tahun ini di atas sebab kesihatan yang sama.

Beliau merasa tidak selesa dan mengalami sesak nafas sejak empat hari yang lalu dan beliau terus pergi ke unit kecemasan hospital untuk pemeriksaan lanjut. Beliau yang sedang di rawat di hospital PPUM Pusat Perubatan Universiti Malaya berharap agar keadaan beliau cepat pulih dan agar beliau tidak akan terus di tahan wad.

Mari kita sama-sama doakan kesihatan yang baik untuk Ali dan kembali sihat seperti sediakala..

Leave a Reply