The Music Run by CIMB menggerakkan sasaran terhadappenambahbaikan kehidupan dan kesihatan, secara lestari
Kuala Lumpur, 15 Januari 2024 – The Music Run by CIMB yang dinanti-nantikan kini kembali keMalaysia untuk Edisi ke-3 dengan CIMB Group(“CIMB”) sebagai Rakan Penaja Utama. Stadium Nasional Bukit Jalil yang ikonik dimeriahkan dengankehadiran hampir 17,000 peserta daripada semualapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalamacara larian ceria 5km bertemakan “Live the Beat” yang diiringi muzik di sepanjang trek larian. Para peserta berlari berpandukan rentak irama muzikinteraktif di sepanjang acara tersebut untukmengekalkan motivasi yang tinggi, di sampingmemberikan pengalaman yang menakjubkan untuksemua peserta.
Acara tersebut yang diberi gelaran “Asia’s Fittest Party” (Pesta Paling Cergas di Asia) diikuti denganpesta muzik yang menampilkan penghibur antarabangsaSam Withers dan kumpulannya kembali beraksibersama artis-artis terkenal termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.
The Music Run dianjurkan oleh Fresh Events Asia, entiti di sebalik lebih daripada empat puluh acara paling hangat di rantau ini dengan jumlah pengikut yang kianmeningkat sejak sedekad yang lalu. Selain daripadalarian dan pesta muzik yang hebat, para peserta juga menikmati pengalaman yang unik, selamat, tanpaalkohol dan sihat termasuk mesra alam dengan etos’More Fun. Less Waste’ (Lebihkan Keseronokan. Kurangkan Pembaziran).

“Kami berbangga untuk kembali sebagai Rakan PenajaUtama The Music Run by CIMB bagi tahun ketigaberturut-turut. Selaras dengan proposisi jenama CIMB, ‘MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA’ – kami sentiasa mengutamakan pelanggan kami dalam apa juayang kami lakukan, memenuhi janji kami sebagaiorganisasi yang berteraskan matlamat untuk terusmeningkatkan nilai kepada pelanggan kami. Kami komited untuk terus menjadikan kelestarian sebagaisebahagian daripada kehidupan kita semua, di sampingmenggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gayahidup yang sihat dan aktif,” kata Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan, CIMB Group.
“The Music Run by CIMB bukan sahaja menyediakansatu pengalaman yang tersendiri, kami juga akanmengimbangi pelepasan karbon yang terhasil sepanjangtempoh acara melalui pemantauan rapi dan pengesanan oleh rakan kerjasama kami, YTL-SV Carbon. Denganitu, acara unik dan menyeronokkan ini merupakan satuupacara yang menyeluruh merangkumi kehidupan, muzik dan kesejahteraan. Kami berharap para pesertaakan terus mengambil langkah kecil dan konsisten kearah gaya hidup yang lebih mampan,” ujar Toni.
Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asiamenambah, “The Music Run adalah satu seruan untukmenikmati kehidupan dengan sepenuhnya, di mana hariyang berikutnya harus dijalani dengan lebih baikdaripada hari yang sebelumnya. Kejayaan acara iniadalah bukti pengaruh muzik dan kecergasan dalammenyatukan orang ramai menjadi sebuah komuniti yang meraikan kehidupan sepenuhnya. Kami percaya dalampenciptaan pengalaman yang meninggalkan kesan yang berkekalan, dan The Music Run merangkumi falsafahini. Kami adalah Pesta Paling Cergas di Asia!”
“Kami amat bersyukur atas sokongan rakan kerjasamadan para peserta serta semangat kolektif yang ditunjukkan kepada The Music Run by CIMB. Kami tetap komited untuk membawakan acara-acara yang bukan hanya menghiburkan tetapi juga memberiinspirasi untuk perubahan yang positif. Kami inginmengucapkan terima kasih kepada CIMB kerana sudimenjadi sebahagian yang penting dalam perjalanan ini.”
The Music Run telah meningkat dari segi popularitisejak anjuran pertamanya di Malaysia pada tahun 2014. Ia telah berjaya mengumpulkan orang ramai daripadasemua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakangatau tahap kecergasan, dengan misi untuk memberiinspirasi agar mereka dapat “Live the Beat” dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif. Sehinggahari ini, The Music Run telah disertai oleh lebih 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 buah negara.
Dengan kejayaan edisi kesembilannya, The Music Runbukan sahaja satu acara yang menggabungkan muzik, kecergasan, dan persahabatan tetapi juga membawakanharapan masa depan yang positif. Ia merupakan satucontoh di mana segala kemungkinan dapatdirealisasikan apabila orang ramai bersatu hati dalamrentak impian yang sama.
Acara tersebut turut disokong oleh Sun & Sand Sports sebagai Rakan Sukan Rasmi, Touch ‘n Go sebagaiRakan E-Dompet Rasmi, Pos Malaysia sebagai Rakan Penghantaran Rasmi, Optimum Nutrition sebagaiRakan Penghidratan Rasmi, CitizenM sebagai Hotel Rasmi, O’Briens sebagai Rakan F&B Rasmi, Tune Protect sebagai Rakan Insurans Rasmi, Troopers sebagai Rakan Rekrut Rasmi, Tiffin At The Yard sebagai Rakan RPC Rasmi serta World of Buzz, LobakMerah, dan Noodou sebagai Rakan Media Rasmi.
Untuk maklumat lanjut tentang The Music Run, silalayari www.themusicrun.com.my.