Datuk Hail Amir meninggal dunia, anak kongsi ayah sudah mulakan rawatan antibiotik tapi Allah lebih menyayanginya. Perginya seorang bintang lagenda seni tanahair.
Hail Amir Meninggal Dunia
Penyanyi popular, Datuk Hail Amir menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Berita pemergiannya dikongsikan oleh penyanyi Datin Salwa Abd Rahman di instastori miliknya sebentar tadi.
“Al-fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” katanya.
Anak Kongsi Ayah Sudah Mulakan Rawatan Antibiotik Tapi Allah Menyayanginya…
Hal yang sama dikongsikan anaknya, Cinta kepada rakan artis terdekat yang mengenali bapanya.
Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan.
Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit namun Allah lebih menyayanyinya.
Dijangkiti kuman di paru-parunya, Allah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.24 petang tadi.