JPJ Sahkan BJAK tiada kelulusan urusan pembaharuan lesen cukai jalan

JPJ Sahkan BJAK tiada kelulusan urusan pembaharuan lesen cukai jalan

Terkini dan peringatan untuk semua‼️

Syarikat yang buat servis pembaharuan cukai jalan, BJAK rupanya tiada kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Tindakan BJAK yang menguar-uarkan iklan mengenai khidmatnya itu menerusi pelbagai platform termasuklah dengan menggunakan ramai artis terkenal atau influencer adalah tidak benar.

Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan. Korang ramai yang guna BJAK kan?

“Pihak jabatan sekali lagi ingin menegaskan pengoperasian yang dilakukan oleh BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran pihak JPJ.”

“Justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah.”

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading