Kuala Lumpur: Model dan pelakon terkenal, Alicia Amin, 28, mengakui dia sudah pun menemui pengganti selepas setahun bercerai dengan Dr Farzan Iqbal, 29.
Kata Alicia atau nama sebenar, Raja Alicia Raja Amin, dia dan teman istimewanya itu dalam proses mengenal hati budi masing-masing
“Kami sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Minta doakan agar hubungan kami berjalan dengan baik,”katanya
Terdahulu, Alicia memuat naik video di TikTok dengan kapsyen ‘Pizza Date’ yang memaparkan dia sedang bermesra dengan seorang lelaki di sebuah restoran

Alicia turut mencium pipi lelaki itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka.
Dalam video itu, mereka juga berpakaian sedondon berwarna putih sambil menikmati hidangan piza.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan Alicia dan pasangannya itu.
Namun, ada juga komen yang kurang senang dengan kemesraan Alicia dan tenan lelakinya itu kerana belum ada ikatan yang sah.
Untuk rekod, Alicia berkahwin dengan Farzan dalam majlis berlangsung ringkas pada 14 Februari 2021 tetapi bercerai secara baik pada Mac tahun lalu.
Pasangan terbabit tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh dua tahun berkahwin.