Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) Projek Laluan Rel Panta Timur (ECRL), telah mengadakan majlis perasmian permulaan kerja pemasangan sistem ECRL di Chukai, Terengganu. Ini merupakan satu pencapaian penting untuk projek ECRL, sebagai tanda kemasukan fasa terakhir sebelum melalui peringkat ujian dan pentauliahan.
Kerja pemasangan sistem ECRL merangkumi pembinaan sistem elektrifikasi, sistem kawalan daya tarikan, sistem katenari, isyarat, dan telekomunikasi. Semua komponen ini membentuk infrastruktur teras untuk pengangkutan rel moden, memastikan keselamatan, kecekapan dan kebergantungan terjamin. Infrastruktur ini juga bertindak sebagai “tunjang” dan sumber kuasa untuk operasi kereta api penumpang dan kargo.
Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi berkata, “Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjaya memasuki fasa pemasangan sistem. Ini menandakan kemajuan penting dalam infrastruktur pengangkutan rel moden dan pencapaian besar untuk projek ECRL. Kami yakin pada pembangunan masa depan dan berharap dapat membawa sistem pengangkutan rel yang lebih selamat, lebih cekap dan lebih memudahkan ke Pantai Timur Malaysia.”
Sistem telekomunikasi tanpa wayar ECRL mengutamakan penggunaan teknologi LTE-R, merintis kemajuan teknologi dalam telekomunikasi tanpa wayar untuk rangkaian rel yang meluas. Sementara itu, sistem isyaratnya menggunakan sistem kawalan kereta api CTCS-2 yang serba canggih, stabil dan boleh dipercayai. Penjejakan kereta api yang dipercayai, peningkatan kecekapan dan keselamatan operasi kereta api dapat berkesan melalui pertukaran data antara kereta api dan landasan.
Sehingga April 2024, kemajuan pembinaan ECRL telah mencapai 65%, dengan jajaran merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor.
Majlis permulaan pemasangan sistem itu dihadiri oleh lebih 60 tetamu jemputan dan tetamu kehormat termasuk Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi, Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Noor Azlan Bin Salleh dan wakil dari seksyen terlibat.
Kong Qi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Rail Link (MRL), rakan sekutu dan para penyokong dari semua lapisan masyarakat. Ujar beliau, “Sebagai ‘Projek Nombor Satu’ China Communications Construction Group, projek ECRL akan sentiasa mendukung falsafah kami iaitu ‘Menghubungkan Kehidupan, Memacu Pertumbuhan’. Kami komited untuk mencipta projek yang mencapai standard tinggi, mampan, dan bermanfaat untuk masyarakat, membina sistem rel yang mesra alam, pantas, selesa, dan berkualiti tinggi, menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Pantai Timur Malaysia.”
Wakil daripada seksyen turut menyatakan bahawa mereka akan selaraskan sumber dalaman dan luaran, sebagai persiapan untuk pelaksanaan projek dan mempercepatkan kemajuan pembinaan, sambil memastikan kualiti dan keselamatan. Mereka akan berusaha untuk memastikan Kerja Pemasangan Sistem ECRL sebagai penanda aras untuk kualiti, kebolehpercayaan, dan mesra alam.
Projek ECRL adalah projek kerjasama ekonomi dan perdagangan terbesar antara China dan Malaysia. Projek ini juga merupakan projek utama untuk inisiatif jalur dan laluan (BRI). Sebagai nadi pengangkutan utama yang menghubungkan pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia, penyempurnaan Laluan Rel Pantai Timur akan mengurangkan masa pengangkutan dengan ketara dan meningkatkan kecekapan pengangkutan penumpang dan barangan di rantau itu. Selain itu, projek ini turut menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih pantas, selamat dan mesra alam untuk penduduk tempatan, sekali gus menggalakkan pembangunan ekonomi dan meningkat kualiti hidup rakyat.