KUALA LUMPUR, – Sebuah lagu ciptaan penuh komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul Hadiah Tuhan Paling Jelita telah dilancarkanhariini. Diterbitkanoleh4UEntertainment,singleterbaruinimerupakan dedikasi khas kepada semua yang bergelar Ibu bersempena dengan Hari Ibu atau Mother’s Day yang disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.
Aiman Sidek, penyanyi dan pencipta lagu ini berkata, “Hadiah Tuhan Paling Jelita merupakan karya yang sangat bermakna buat saya yang didedikasikan khas buat semua ibu-ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Bukan itu sahaja, Ibu, Emak atau Mama apa sahaja panggilan kita kepada mereka, merupakan individu yang telah memberi didikan dan kasih sayang sejak dari kecil seharusnya perlu terus dihargai hingga akhir hayat kita.”
“Lagu ini diinspirasikan ibu saya sendiri, Puan Rasmah Yusof sosok yang tidak pernah putus mendoakan kami adik-beradik, selain sentiasa memberikan nasihat dan pedoman kepada kami dalam menyusuri hidup ini sehingga kini. Inilah anugerah dari Allah kepada kami, Hadiah Tuhan Paling Jelita.”