Persatuan KaryawanMalaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan telah menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpuldana bagi tabung Persatuan Karyawan. Persatuan nibergiat aktif dalam menjaga kebajikan ahli persatuanyang dalam kesusahan terdiri dari golongan belakangtabir, individu yang terlibat secara lansung dan tidaklansung dalam pelbagai aktivtii karya seni di Malaysia. Pada malam tersebut lebih dari RM 100 000.00 berjayadi kutip dari hasil jualan meja dari penderma yang bakalmembantu lebih dari 100 ahli persatuan yang terdiri darianak seni, kata Dato’ Freddie Fernandez selakupresident persatuan.

Turut berminat dalam membantu golongan yang telahberjasa dalam dunia seni ini, VIT’S sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun1975 telah mengambil inisiatif positif dengan membantumemberi bantuan dana sejumlah RM 50,000 (lima puluh ribu ringgit Malaysia) kepada PersatuanKaryawan.

“VIT’S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni, serta memberi peluang kepada mereka untuk terusberkarya dan menyumbang jasa dalam bidang seni”, kata Pengarah Eksekutif, En YT Lai.
Selain itu juga, VIT’S telah mengambil satu lagi langkahuntuk membantu ahli persatuan ini denganberkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim dan menghasilkan sebuahproduk Kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu.

Dengan pembelian Ramen Asam Laksa Ibu ini, RM 1.00 (satu ringgit) akan didermakan kepada PersatuanKaryawan dan diharap agar orang ramai dapat membeliproduk terbaru ini sambil beramal dan juga berharapagar inisiatif ini dapat membantu ahli-ahli persatuanyang memerlukan bantuan.

Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkanoleh Yang di-Pertua Melaka Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT’S Encik YT Lai dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim di Konsert Malam Malam Amal ini.
Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telahmenyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Dato’ Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribupenonton yang terdiri dari penderma yang turut bersamaturun padang berhibur sambil memeriahkan konsert ini.

VIT’S turut menghidangkan menu “Ramen Asam Laksa Ibu’ di mana pengunjung boleh merasai sendiriproduk tersebut. Produk keluaran terbaharu bolehdidapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.
Segala informasi sila lawati www.vitsnoodles.com untukmaklumat lanjut.