Shah Alam: Pusat rekreasi popular, Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih, ditutup sementara bermula hari ini.
Jabatan Perhutanan Selangor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan arahan itu dikeluarkan Pengarahnya, Azhar Ahmad.
Menurutnya, penutupan sementara dilakukan selepas kawasan terbabit dikesan positif wabak Leptospirosis atau kencing tikus.
“Kawasan itu ditutup kepada semua pengunjung bermula hari ini sehingga Jumaat (30 Ogos). Harap maklum,” katanya.
