Raisa bakal adakan konsert di Malaysia

Raisa bakal adakan konsert di Malaysia

Langkah sebagai anak seni tidak pernah mengenal sempadan negara. Bagi penyanyi dari tanah seberang, Raisa, kehadiran dalam industri seni lantun suara sentiasa hadir dengan impian besar bagi melebarkan lagi sayap seninya.

Pernah dua kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur, tanggal 3 November depan bakal menjadi satu lagi tanggal bersejarah buat penyanyi berusia 34 tahun ini kerana lantunan vokalnya akan menggegarkan pentas Mega Star Arena Kuala Lumpur menerusi acara Konsert Raisa Teristimewa di Kuala Lumpur.

Berkongsi mengenai impian dan gambaran mengenai konsert berskala ini, Raisa berkata, kali ini dia akan membawa pengalaman penuh menerusi pasukan produksi lengkap yang diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia.

“Kami sedang siapkan visual untuk setiap lagu. Kami nak tampilkan perbezaan berbanding konsert sebelum ini. Yang pasti, ia bakal sangat segar. Kalau ada yang pernah datang menonton dua konsert saya sebelum ini dan datang ke konsert ketiga, pasti anda akan rasa pengalaman baharu,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan membawa seluruh pasukan produksi sendiri, Raisa berkata, ini adalah kerana tenaga dan semangat peminat Malaysia yang menginspirasikannya.

“Sebenarnya ‘tenaga’ penonton di sini sangat luar biasa. Jadi, saya ingin memberikan penampilan luar biasa. Misalkan kita tak disokong dengan pasukan produksi lengkap, walaupun gembira, namun pasti ada rasa tidak puas. Pasti pengalaman akan lebih menarik kalau dapat bawakan seluruh produksi lengkap.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading