Warga Pakistan maut ditikam.

Warga Pakistan maut ditikam.

Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam lelaki disyaki warga tempatan dalam kejadian di Pulau Tikus, Georgetown  di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, kejadian itu berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat, di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa dibawa ke klinik swasta tersebut oleh rakannya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 6 petang tadi dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.

Lee berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading