Kemana wang yang didakwa salah guna oleh Alif Teega akan diberikan?

Kemana wang yang didakwa salah guna oleh Alif Teega akan diberikan?

Nilai: Persoalan wang hasil derma dan infak yang dikatakan disalah guna pempengaruh media sosial, Alif Teega, sama ada dipulangkan kepada penderma atau sebaliknya bergantung kepada permohonan pihak pendakwaan dan budi bicara mahkamah.

Ini kerana, menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, kes berkenaan kini dalam proses perbicaraan di mahkamah.

“Sekarang ini perkara (kes) ini sudah menjadi kes mahkamah. Kalau tidak silap saya, kedua-dua mereka (Mohd Hazalif Mohd Hazani dan Aisyah Hijanah Azhari) sudah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam.

“Jadi segala wang yang berkenaan akan menjadi eksibit di mahkamah, akan ditunjukkan kepada mahkamah. Buat masa ini, saya tidak boleh memberi apa-apa satu keputusan tentang wang berkenaan.

“Selalunya apa yang akan berlaku adalah, pendakwa raya akan memohon kepada mahkamah ke mana wang ini akan dipulangkan, adakah kepada penderma atau dimasukkan ke hasil kerajaan. Bergantung kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Azam memberi ucaptama Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Azam berkata, 111 pegawai kadet Penolong Penguasa Gred P29 berjaya menjalani kursus asas dan akan dianugerahi ‘Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5)’.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading