Hong Kong: Saintis menemui fosil dinosaur di Hong Kong buat kali pertama, kata pengumuman kerajaan bandar itu pada Rabu, sambil menambah bahawa spesies itu masih tidak diketahui.
Pakar dari Hong Kong dan tanah besar China mengenal pasti fosil itu sebagai milik dinosaur besar yang berumur dari zaman Cretaceous, sekitar 145 juta tahun hingga 66 juta tahun lalu, kata Biro Pembangunan dalam satu kenyataan.

Fosil itu akan dipamerkan kepada umum mulai Jumaat, tambahnya.
Ia ditemukan di lokasi terpencil Hong Kong iaitu di timur laut Port Island, di mana fosil vertebrata yang disyaki pertama kali dikesan di dalam batu enapan pada bulan Mac lalu.
Pulau kecil terpencil yang tidak berpenghuni itu sebahagian daripada Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), di Hong Kong.
Pulau seluas 150 kilometer persegi ditutup mulai Rabu untuk kerja-kerja ekskavasi selanjutnya.