Kuala Lumpur: Rumah tangga dibina penyanyi, Kaka Azraff, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, gagal bertahan apabila pasangan itu dikatakan bercerai talak satu.
Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.
Kelibat Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir pada jam 9 pagi ke mahkamah terbabit.
Hari ini, Kaka juga baru saja memuat naik foto sekeluarga di Instagram yang seakan cukup bahagia, khabarnya mereka berpisah secara baik.

Penyanyi lagu Gila itu berkongsi momen mengadakan aktiviti bersama di sebuah premis permainan.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas tiga bulan menjalin cinta.
Perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.