Farid Kamil menegaskan dirinya akan mencuba segala yang termampu bagi menyelamatkan perkahwinannya bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Diana Danielle.
Menurut Farid, dia mengambil maklum mengenai hantaran yang telah dibuat oleh isterinya pada Isnin yang bertegas ingin memfailkan penceraian.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut. Seperti semua sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya,” katanya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada malam Selasa.
Katanya lagi, dia masih menyayangi isteri dan anak-anak dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat keluarganya itu.
“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. In sha Allah, doakan yang terbaik,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong usaha Farid untuk berbaik dengan isterinya selain turut mendoakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan.
“Alhamdulillah, pujuk Diana balikl lagi demi anak-anak yang masih kecil dan perlu kasih sayang.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin, Diana mendedahkan dia mahu berpisah dan akan memfailkan penceraian terhadap Farid.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menegaskan dirinya tidak akan termakan dengan sebarang pujuk rayu lagi selepas ini.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos tahun lalu.