Kuala Lumpur: Isteri kepada pengacara popular Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan imej tidak bertudung di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Zira yang ketika ini berada di luar negara bersama Nabil dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam di kepala sambil menikmati minuman.

Video itu juga memperlihatkan rambut Zira yang panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.
Sebelum ini, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya berhijab mendapat pujian ramai.
Zira dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.
Terdahulu Nabil meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Naira Mikayla sudah bertudung.
Katanya, keputusan anaknya mahu berhijab dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.