SPRM serbu FashionValet

SPRM serbu FashionValet

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RMRM43.9 juta.

Menurut sumber, selain FashionValet, turut diserbu secara serentak adalah Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB.

Menerusi siaran di laman TikTok rasmi SPRM hari ini, kelihatan sekumpulan pegawai SPRM masuk ke dalam ibu pejabat berkenaan dan kemudiannya memeriksa beberapa dokumen mengenai pelaburan dua buah agensi berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat itu.

“Turut kelihatan, pasangan itu ‘bersoal jawab’ oleh penyiasat SPRM di salah satu pejabat berkenaan. Namun kedua-dua wajahnya dimozekkan.

“Siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 18, Akta SPRM,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Madani, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata, rakyat membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu hingga pelbagai kandungan berkaitan dimuat naik di media sosial.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar turut memberi respon mengenai isu itu dengan berkata, akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang itu.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading