Rock Warrior Music Festival ditunda Mei tahun depan.

Rock Warrior Music Festival ditunda Mei tahun depan.

Kuala Lumpur: Acara Rock Warrior Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada 23 dan 24 November ini di KL Base, Sungai Besi ditunda ke Mei depan.

Penganjur, Datuk Eddy Amir Salim dari Rumah Produksi Merah Sdn Bhd berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ramalan cuaca dan kemungkinan berlakunya banjir seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira ramalan cuaca yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat dan risiko banjir di kawasan tersebut dan beberapa negeri lain di Malaysia.

“Ini berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada awal November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025.

“Sebagai penganjur, keselamatan peminat dan kelancaran festival adalah keutamaan kami. Selain itu, kami juga berhasrat untuk menjaga sensitiviti terhadap masyarakat, khususnya mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

“Penjadualan semula ke bulan Mei 2025 ini memberi kami peluang untuk membuat persiapan yang lebih menyeluruh, dengan harapan dapat menawarkan pengalaman festival yang lebih baik dan memuaskan dalam keadaan cuaca yang lebih sesuai,” katanya.

Pihak penganjur juga memaklumkan bahawa semua pembelian tiket akan tetap sah digunakan pada tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat penundaan ini dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pemahaman yang diberikan.

“Kami akan mengemas kini maklumat lanjut di laman web serta platform media sosial kami,” katanya. Rock Warrior Music Festival menampilkan nama-nama besar dalam muzik Rock tanah air antaranya Wings, Search, XPDC, Ella, May, Spider, Pop Shuvit, A.C.A.B. dan ramai lagi.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading