Kluang: Penunggang motosikal maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk treler di Kilometer 69.5, Lebuhraya Plus arah utara berhampiran Machap, pagi hari ini.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Abd Rahim Razali, operasi menyelamat dilakukan oleh 12 anggota dengan kekuatan dua jentera dari BBP Renggam dan BBP Ayer Hitam.
Katanya, pihaknya tiba di tempat kejadian pada 8.36 pagi dan berjaya menamatkan operasi pada 9.11 pagi.

“Pemandu Honda Civic pula tersepit di tempat duduknya dan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas.
“Kemalangan itu turut membabitkan treler 40 tan dan pemandunya berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Penumpang Honda Civic iaitu dua lelaki dewasa yang berusia 25 dan 26 tahun turut mengalami kecederaan. Kedua mereka dibawa ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.