Baru-baru ini, kecoh di aplikasi TikTok apabila tular satu video yang mendakwa penyanyi terkenal, Anuar Zain telah berkahwin dengan seorang wanita misteri. Biar betul?

Video tersebut telah mengundang perhatian ramai terutamanya peminat setia penyanyi itu.
Kalau korang tengok video itu, nampaklah gambar Anuar Zain yang berpakaian seperti pengantin baru bersama seorang wanita yang turut mengenakan busana perkahwinan.
Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut disahkan tidak benar dan hanya fitnah yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Walaupun Anuar Zain tidak memberikan sebarang komen, peminatnya yang tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap tindakan menyebarkan cerita palsu itu melampau dan tidak menghormati privasi penyanyi kesayangan mereka.
Individu yang memuat naik video tersebut turut dikecam kerana enggan memadam video itu walaupun telah menerima banyak teguran daripada orang ramai.
Tindakan ini membuatkan peminat semakin marah, memandangkan ia bukan sekadar berita palsu tetapi juga mencemarkan nama baik Anuar Zain.
Penyebaran video palsu seperti ini sering berlaku di platform media sosial, terutama apabila ada pihak yang hanya mengejar populariti. Tapi, mereka lupa yang perkara seperti ini boleh membawa kesan buruk, termasuk tindakan undang-undang.