Doktor rakam video punggung wanita.

Doktor rakam video punggung wanita.

Teluk Intan: Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merakam video punggung wanita, Julai lalu.

Tertuduh, Amirul Haqim Ayub, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja kedai penjagaan kecantikan dan kesihatan berusia 27 tahun dengan merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada tertuduh.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum atas alasan anak guamnya perlu menanggung seorang isteri.

Majistret Naidatul Athirah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 30 Disember depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Berdasarkan laporan polis, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menyusun barang di kedai tempat dia bekerja.

Pemeriksaan rakaman video litar tertutup (CCTV) mendapati, tertuduh mendekati dan merakam video punggung mangsa.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading