Mayat dalam beg adalah lelaki.

Mayat dalam beg adalah lelaki.

Kajang: Mayat berulat yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Taman CP6, Cheras Perdana, di sini hari ini disahkan sebagai seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ke 40-an.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan 11.45 pagi berhubung penemuan sebuah bagasi berbau busuk daripada orang awam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) mengesahkan satu bagasi berwarna biru yang dijumpai di lokasi kejadian mengandungi mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat yang dijangka akan dijalankan 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading