Mohon beri kami sedikit masa – Pengurus Che Ta.

Mohon beri kami sedikit masa – Pengurus Che Ta.

Petaling Jaya: Tinjauan di rumah pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta di Kota Damansara, di sini, hari ini mendapati pelakon itu dan suaminya, Zain Saidin tiada di rumah.

Seorang lelaki dipercayai saudara kepada Che Ta yang ditemui di rumah itu memaklumkan pelakon itu tiada di rumah.

Lelaki terbabit juga meninggalkan kediaman itu pada jam 4.45 petang.

Sementara itu, pengurus Che Ta, Afeeq Abd Wahab memohon memberikan masa untuk pihaknya memberikan maklum balas.


“Assalamualaikum, tolong berikan masa. Saya akan kembali dengan kenyataan rasmi, tidak lama lagi. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu pagi ini, pihak MARA bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuan ke kediaman Che Ta di sini selepas pelakon itu dikatakan gagal melunaskan pinjaman yang dibuat pada 2017.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading