Khairul Aming terkena jangkitan E.Coli

Khairul Aming terkena jangkitan E.Coli

Kota Bharu: Pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan E.coli dan sudah mendapatkan rawatan di sebuah hospital.


Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman membuat kenyataan itu menerusi hantaran di Instagram, dan memberitahu dia terkena jangkitan itu ketika menjalankan misi bantuan banjir minggu lalu.

“Teruk juga cirit-birit (diarrhea) lima hari tak berhenti sampai lesu badan dehidrasi (dehydrated). Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa.

“Sekarang baru sempat nak tengok balik kerja dan perniagaan,” katanya dalam hantaran itu dan turut memaklumkan dia sudah keluar wad.

Terdahulu, Khairul Aming mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas pulang daripada memberi bantuan banjir kepada mangsa di Kelantan.

Khairul Aming yang mengetuai pasukan misi bantuan orang baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading