Pengasas jenama Mango meninggal dunia.

Pengasas jenama Mango meninggal dunia.

Madrid: Pengasas jenama fesyen Mango iaitu Isak Andic, meninggal dunia dalam kemalangan di Sepanyol pada Sabtu.

Ahli perniagaan berusia 71 tahun itu sedang mendaki bersama keluarganya di pergunungan berhampiran Barcelona, apabila dia tergelincir dan jatuh dari tebing, menurut laporan media Sepanyol.

Andic dilahirkan di Istanbul, tetapi keluarganya berpindah dari Turkiye ke Catalonia pada 1960-an, ketika dia berusia 14 tahun.

Dia membuka kedai pertama Mango di Barcelona pada 1984, dan dalam dekad berikutnya, dia membantu Mango menjadi antara syarikat fesyen terkemuka di Eropah.

“Isak menjadi contoh untuk kita semua. Dia mendedikasikan hidupnya kepada Mango, meninggalkan tanda yang tidak dapat dilupakan berkat visi strategiknya, kepimpinannya yang memberi inspirasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap nilai yang dia sendiri terapkan dalam syarikat kami,” Ketua Pegawai Eksekutif Mango Toni Ruiz berkata dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez juga memberi penghormatan kepada Andic di media sosial, memuji kerja keras dan visi perniagaannya yang mengubah jenama Sepanyol menjadi peneraju fesyen global.

Mango menjual hampir 160 juta item pakaian dan aksesori setiap tahun. Syarikat itu menawarkan gaya profesional dan kasual.

Mango mempunyai 2,700 kedai di 120 pasaran di seluruh dunia. Ia mencatatkan rekod jualan syarikat sebanyak AS$3.2 bilion (kira-kira RM14.2 bilion) pada 2023.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading