Baling telur di hadapan Kedutaan Malaysia.

Baling telur di hadapan Kedutaan Malaysia.

Jakarta: Hampir 100 orang daripada pelbagai kelompok hak asasi manusia dan kesatuan sekerja berkumpul dan bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam.

Antaranya, termasuk ahli Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI) dan Partai Buruh melemparkan telur ke dinding hadapan bangunan kedutaan.

Tindakan itu dilakukan untuk membantah kes tembakan membabitkan warga Indonesia pada 24 Januari lalu di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, menyebabkan seorang terbunuh dan empat yang lain cedera.

Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang bertulis ‘Tangkap dan penjarakan polis Malaysia yang menembak mati pekerja migran Indonesia’.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia, dalam satu kenyataan pada 25 Januari lalu berkata, kes tembakan itu berlaku ketika lima warga negara Indonesia itu cuba meninggalkan Malaysia secara haram.


Kementerian itu kemudian menuntut supaya siasatan menyeluruh dijalankan, terutama terhadap kemungkinan penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Dalam pada itu, pihak berkuasa Indonesia di provinsi Riau pada Rabu lalu dilaporkan sudah menerima jenazah warga Indonesia yang maut, dikenali sebagai Basri, 50 dan dibawa pulang ke kampungnya di Pulau Rupat, Bengkalis.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading