The Gadys sedih bertukar ahli.

The Gadys sedih bertukar ahli.

BERDEPAN banyak ujian dalam meneruskan kembara muzik, The Gadys berharap tiada lagi drama perpecahan dan bertukar anggota pada masa depan.

Mereka ingin kekalkan barisan anggota yang ada sekarang.

Dianggotai Aznie Azmi, Ayuni Rizal dan Thamiera Chan, kumpulan itu memang terkesan dengan ujian pengunduran dua anggotanya Nelissa Nizam dan Faa Zaini sebelum ini.

Insiden itu paling sedih buat mereka Terutama buat Aznie dan Ayuni yang memang berjuang sebagai anggota asal sejak penubuhannya.

Mana tidak, The Gadys tercipta daripada hubungan persahabatan mereka.

“Momen paling sedih adalah ketika pertukaran ahli kerana kami sudah cipta hubungan yang rapat sesama anggota.

Tercetusnya The Gadys pun kerana persahabatan kami pada awalnya.

“Saya tak kisah pasal kecaman, itu lumrah. Bila Thamiera masuk, saya susah nak terima. Bukan sebab dia tetapi tak boleh terima kenyataan yang kami terpaksa mula semula dari awal,” kata Aznie.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila silaturahim bersama dua bekas anggota itu masih baik.

Pengunduran mereka pun berlaku aman tanpa wujud sebarang sengketa antara mereka.

Bahkan, sebenarnya perjalanan karier mereka tetap mendapat sokongan padu Nelissa dan Faa.

“Hubungan kami masih baik sehingga kini dan selalu saja berhubungan. Malah Nelissa pun ada datang sokong kami ketika buat persembahan di beberapa acara,” kongsinya.

Semakin matang menangani masalah dalaman kumpulan, Ayuni berkata amat penting untuk mereka sentiasa telus sesama sendiri dalam pelbagai hal.

Ia termasuk penambahbaikan diri masing-masing.

“Sekarang kami banyak bercakap dari hati-hati dan suarakan pendapat sekiranya timbul konflik.

Sebelum ini kami terlepas pandang perkara itu.

“Malah setiap kali buat persembahan kita pasti akan buat post mortem dan menilai semula apa kekurangan dan kelebihan.

“Harapnya tiada lagi drama perpecahan. Kami memang nak teruskan The Gadys secara bertiga sejauh mana yang kami mampu,” katanya.

The Gadys melancarkan single baharu mereka berjudul Bullseye baru-baru ini. Menurut Ayuni, mereka memang sangat lega dan teruja dapat menjayakan projek terbabit.

Lagu itu umpama anjakan penting dalam mutu muzikal mereka. Bergenre pop, Bullseye berkisar perjalanan karier mereka yang tidak henti berjuang dalam mengejar impian besar.

“Kami sangat puas hati sebab dapat keluar dari zon selesa The Gadys. Seperti mana kita tahu sebelum ini lagu kami bergenre dangdut, dangdut pop. Maka kami cuba genre baharu dan sangat gembira.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading