Suliza Salam kembali bergelar isteri.

Suliza Salam kembali bergelar isteri.

Kuala Lumpur: Selepas dua tahun memegang status janda, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali Ismail A Samad kira-kira jam 11 pagi, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon, Anne Abdullah di Instagram miliknya dengan memuat naik video sekitar majlis pernikahan ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani itu.

“Tahniah kak Suliza. Moga kekal ke jannah kakak ku sayang. Syukur Alhamdulillah, saya tumpang gembirq untuk anda. Terima kasih atas undangan,” tulisnya.

Difahamkan, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman Suliza di Bukit Kiara, di sini  dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.

Pernikahan penyanyi itu dihadiri oleh anak-anaknya termasuk Ismail yang turut mengenakan baju Melayu bewarna putih mengikut tema pernikahan ibu tercintanya.


Majlis pernikahan terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Ziela Jalil dan Liza Abdullah.

Suliza sebelum ini berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka sehingga Ismail memaklumkan perkara itu pada tahun ini.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading