Kumpulan adakan persembahan tanpa seorang ahli.. rupanya ditahan.

Kumpulan adakan persembahan tanpa seorang ahli.. rupanya ditahan.

Kuala Lumpur: Laporan media semalam mengenai seorang pelawak terkenal ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, dua bulan lalu, kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah menjawab persoalan mengenai ‘kehilangan’nya dalam beberapa persembahan kumpulan lawak popular yang dianggotainya.

Sebelum ini, kumpulan berstatus legenda itu tampil tanpa pelawak terbabit ketika membuat persembahan hingga mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat mereka.

Gambar hiasan

Tambahan pula, kumpulan itu baru saja bergabung kembali dan aktif mengadakan persembahan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Peminat mula menyedari persembahan kumpulan lawak ini ‘tidak cukup korum’ sejak pertengahan November ketika mereka mengadakan persembahan antaranya di Sabah.

Bagaimanapun, tiada siapa yang berprasangka buruk terhadap ketiadaannya kerana menyangka dia tidak sihat atau ada komitmen lain.


Sementara itu, cubaan mendapatkan komen anggota kumpulan terbabit tidak berjaya apabila mereka tidak mendapat panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading