Geng Subuh Macam Jumaat dapat sambutan hebat.

Geng Subuh Macam Jumaat dapat sambutan hebat.

Kuala Lumpur: Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ bersama Alif Satar sempena permulaan Tahun Baharu 2025 di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, di sini, mendapat sambutan menggalakkan, subuh tadi.

Ribuan jemaah hadir bersama mengimarahkan masjid dengan menunaikan solat subuh secara berjemaah, termasuk menyertai pelbagai aktiviti disediakan.

Dengan semangat ditunjukkan masyarakat Muslim dalam beribadah, Alif menyifatkan ia permulaan baik untuk 2025.

“Alhamdulillah, permulaan baik untuk 2025. Semoga istiqomah,” tulis Alif pada hantaran dalam Instagram turut memuat naik video memaparkan jemaah ‘membanjiri’ masjid menerusi program itu.

Turut bersama, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim.

Jemaah pelbagai lapisan umur tidak melepaskan peluang untuk bersama Alif memeriahkan aktiviti larian selepas selesai menunaikan solat subuh.

Sementara itu, Azizul meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi rakan seperti Alif yang sentiasa mengajak kepada kebaikan.

“Permulaan tahun 2025 yang sangat baik, berkat mempunyai rakan-rakan sekeliling yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Terima kasih bro Alif Satar,” tulisnya pada hantaran di Instagram.


Sebelum ini, kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan Alif sejak Oktober 2023 berjaya menghimpunkan ribuan jemaah di masjid pada waktu Subuh.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading