4 kes mati mengejut selepas sambut tahun baru.

4 kes mati mengejut selepas sambut tahun baru.

Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, di sini semalam.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati keempat-empat individu menghadiri konsert di Bandar Sunway.

“Bedah siasat selesai dijalankan dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau mana-mana balai berhampiran,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading